Tuesday, March 5, 2013

KEGIATAN BERPADI

Ngarabut samai parai


Berpadi adalah merupakan kegiatan biasa yang dilakukan oleh masyarakat SJD di sini kerana beras adalah makanan utama mereka sejak zaman berzaman. Kegiatan berpadi biasa dilakukan setahun sekali.  Kegiatan yang dilakukan tertakluklah kepada jenis padi yang ditanam iaitu samada jenis padi paya (wet paddy) atau padi bukit (dry paddy).

Padi paya perlu ditanam antara dua cara iaitu samada menabur benih padi atau mengerjakan kerja-kerja semaian semantara padi bukit ditanam secara ditugal biji benih padi berkenaan sahaja.

Berikut adalah urutan proses pengendalian kerja penanaman padi seperti yang dilakukan oleh penduduk tempatan di sini iaitu bercontohkan berpadi di kawasan yang belum pernah diterokai menurut amalan orang-orang tua:


                         bagangai   (mendapatkan petunjuk baik untuk berpadi)
                         natas akaw (memotong jejalar)
                         ngaraw (menebas)
                         nagad (menebang)
                         nuncul / nunu raraw (membakar kawasan ladang)
                         ngiang kayu (membersihkan kayu di ladang dsb)
                         nugal parai bukid (menugal padi bukit)
                         nugal parai samai (menugal padi semaian)
                         nabur bani parai payo (menabur benih padi paya)
                         niwar (membesihkan kawasan untuk padi semaian)
                         ngarabut samai parai  (mencabut semaian padi)
                         nanom parai samai (menanam padi semaian)
                         namaong ngenjaga raraw (menjaga ladang)
                         ngadut parai (adat memulakan kerja mengetam)
                         ngatu (mengetam)
                         nggadaw ruman parai (menjemur tangkai padi)
                         nguno parai  (proses menanggalkan biji padi dari tangkai)
                         namaoh parai mok sulap lulu (menyimpan padi di durung)

              

Seterusnya secara tradisi padi dan beras perlu diolah seperti:

      ngunu parai  (memijak padi)
      nilib parai    
      ngagan parai  
      ngatap parai  (menampi padi)
      ngadaw parai (menjemur padi)

      ngisar parai  (mengisar padi)

      nutu parai (menumbuk padi menggunakan lesung kayu dengan alu)

      nyiri agas  (memisahkan padi dari beras menggunakan niu - nyiru)

      nganus agas (memisah ntupu -sisa-sisa padi, dari beras menggunakan nyiru)



 
[Secara moden padi mudah saja diolah menjadi agas (beras) siap untuk digunakan untuk masakan dengan menggunakan mesin-mesin khas seperti mesin pemisah biji padi dari tangkainya dan mesin pengisar padi sahaja.]                          

No comments:

Post a Comment